Tuesday, February 3, 2015

2015 TAHUNKU UPSR. - BAHAGIAN 1

Assalamualaikum!!
  Kepada semua yang membaca sekalian..Walaupun sudah masuk bulan Februari saya, Aisyah Nabila tetap ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU ! Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia sehingga hari ini.Saya mahu tanya sikit..Pembaca sekalian tonton atau tidak Anugerah Juara Lagu ( AJL ) ? Jika tonton pasti anda sudah tahu siapa juaranya,kan! Jadi bak lagu SonaOne ( benarkah ejaan saya ini? ) dan Joe Flizzow..APA KHABAR SEMUA PEMBACA SEKALIAN??? Jika baik, Alhamdulillah. Jika tidak, saya ucapkan takziah dan nasihatkan supaya cepat-cepat makan ubat atau berjumpa doktor.
  Baiklah, kita sudah terlencong dari tajuk catatan hari ini.Siapa di sini berumur 12 tahun? Maknanya kita akan menghadapi UPSR lagi tujuh bulan! Cepatnya masa berlalu. Minggu hadapan, saya akan menduduki peperiksaan SMART TEST pada 10 dan 11 Februari 2015. Fuh..awalnya periksa! Jadi saya akan kurangkan aktiviti melayari internet berlebihan dalam tarikh terdekat. Saya akan berusaha bersungguh--sungguh untuk mendapat 5A. Pembaca sekalian tolong doakan saya,ya! Tahun ini ialah tahun paling serius dan tahun paling senang.Kerana? Saya tidak perlu membaca fakta lain selain Sains, Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Hanya empat mata pelajaran itu sahaja.
  Tetapi, saya tetap risau! Bahasa Inggeris ialah antara mata pelajaran yang tidak ramai pelajar lain fahami. Saya agak pandai tetapi sering juga melakukan kesalahan. Tambahan pula, guru Bahasa Inggeris saya, Puan Lee terpaksa mengambil cuti sakit sepanjang minggu ini kerana paru-parunya dijangkiti kuman. Alhamdulillah, masih boleh diubati. Dan saya tidak tahu mengapa apabila tiba subjek Matematik, saya dijangkiti penyakit M iaitu penyakit MALAS!! Di kelas tambahan tadi, saya asyik bermain dengan rakan sebelah.Hehehe, pengaruh rakan sebaya.Kami bergelak sakan tidak ingat dunia! Nasib baik Cikgu Huzaimi suruh buat kerja sendiri. Jika tidak, tidak berani punya kami hendak ketawa sebegitu.
  Dan apabila sampainya waktu tengah hari, saya akan dijangkiti dengan penyakit MENGANTUK pula! Dalam otak asyik terbayang katil empuk yang melambai mesra. Tetapi apabila pulang ke rumah, saya tidak tidur pun. Teruk,kan? Bagi anda, ini mungkin penyakit biasa-biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya ialah penyakit yang membawa kehancuran pelajaran!
  Walaupun subjek lain sudah pergi ke tempat lain, tetap ada sesuatu yang meremangkan bulu roma. Iaitu, Kesemua mata pelajaran ini meliputi apa yang kita sudah belajar di Tahun 4 dan Tahun 5. Nasib baik hanya perlu imbas kembali sahaja.Tetapi soalan bahagian B perlu dititik beratkan. Lebih-lebih lagi jika itu tajuk yang saya kurang faham.
  Hari sudah lewat, jadi saya berhentikan dahulu coretan ini.Kita sambung dalam 2015 TAHUNKU UPSR. - BAHAGIAN 2 nanti,ya!
Yang benar..
AISYAH NABILA.

No comments:

Post a Comment

Free Budgie Blue Cursors at www.totallyfreecursors.com
Free Perfume Blue Glitter Cursors at www.totallyfreecursors.com
Free Budgie Blue Cursors at www.totallyfreecursors.com